^Back To Top

SejarahSekolah

Sekolah Kebangsaan Cyberjaya adalah sebuah sekolah Bestari yang terletak di Bandaraya Pintar Cyberjaya, konsep sekolah bestari merupakan salah satu aplikasi utama dalam Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia. Sekolah ini merupakan sebuah institusi yang menyediakan suatu pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti, bertanggungjawab, berdisiplin serta penyayang menjadi teras ke arah budaya kerja cemerlang.

 

Kompleks Sekolah Cyberjaya dibina di atas tanah seluas 11 ekar dan dilaksanakan pada julai 2000. Pada awalnya konsep sekolah ini ialah ”Smart School Level A” tetapi telah ditukar kepada konsep sekolah ceria berasaskan IT kerana bajetnya telah dikurangkan kepada RM38 juta. Bangunan sekolah ii dibina oleh syarikat Setia Haruman Sdn Bhd. Majlis penyerahan sekolah ini telah diadakan pada 31 Mei 2004.

 

Pada 14 Jun 2004, sekolah mula beroperasi dengan 13 orang guru dan 30 orang murid. Murid-murid ini mengisi 5 buah kelas dari tahun 1 hingga tahun 5. Setiap kelas dilengkapi dengan infrastuktur termoden yang merangkumi kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan 7 buah komputer, sebuah televisyen, sebuah overhead projector (OHP) dan radio. Kelengkapan yang membanggakan ini diharapkan akan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan dengan cekap dan berkesan. Dalam mengejar kecemerlangan dalam akademik, pihak sekolah tidak mengabaikan kegiatan kokurikulum, oleh itu aktiviti badan beruniform,kelab dan persatuan juga diwajibkan bagi setiap pelajar untuk mendedahkan pelajar akan aktiviti berkumpulan.

 

Sekolah ini mengandungi  yang mengandungi 35 Bilik Darjah,5 Bilik Akses, Makmal komputer,Bengkel Kemahiran Hidup, Makmal Sains,Bilik Muzik, Bilik Seni, Bilik Persalinan dan bilik-bilik khas lain.Padang, dewan dan surau berkongsi dengan Sekolah Menengah Cyberjaya.

 

Murid-murid sekolah ini datangnya daripada kawasan sekitar Cyberjaya seperti Dengkil, Desa Pinggiran Putra, Seri Kembangan, Taman Putra Perdana dan Puchong..

 

 

 

 

Copyright © 2013. sk cyberjaya Rights Reserved.


Facebook # #