^Back To Top

Sumbangan Kelengkapan Persekolahan

Seramai 35 orang murid miskin dan anak yatim menerima sumbangan daripada Bursa Malaysia berupa kelengkapan persekolahan. Sumbangan disampaikan oleh wakil Bursa Malaysia iaitu En Arshad Azizi.

Lawatan Penanda Arasan dari SK Pengkalan Tereh

 

15 September(Selasa) - Seramai 30 orang murid dan 14 orang guru daripada Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tereh, Johor telah mengadakan lawatan balas ke Sekolah Kebangsaan Cyberjaya. Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tereh juga merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan. Lawatan tersebut untuk melihat bagaimana sekolah menjalankan program Sekolah Amanah.

 

Klik di sini untuk melihat video sekitar lawatan tersebut.

English Village @UiTM 2015

 

12 September (Sabtu) - Unit Kebitaraan Bahasa Inggeris telah menganjurkan Perkampungan Bahasa Inggeris peringkat kebangsaan dengan kerjasama Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Mara Shah Alam di Kolej Intec Seksyen 17, Shah Alam. Sebanyak 18 buah sekolah telah menyertai perkampungan tersebut.  Perkampungan tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia P.Kamalananthan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.

 

Klik di sini untuk melihat video sekitar perkampungan

Copyright © 2013. sk cyberjaya Rights Reserved.


Facebook # #