^Back To Top

Hari Bertemu Pelanggan

Jumaat, 21 Jun 2013 – SKCJ telah menjayakan Hari Bertemu Pelanggan dan upacara menandatangani buku rekod profil pelajar oleh ibu bapa atau penjaga masing-masing. Majlis yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir  jam 12.00 tengah hari ini berlangsung dengan jayanya dan teratur.

Hari Bertemu Pelanggan adalah hari yang membolehkan para ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru-guru kepada anak-anak di bawah jagaan mereka terutamanya guru kelas tentang semua perkara yang berkaitan dengan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak masing-masing di samping kedua-dua belah pihak dapat bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran mengenai isu-isu yang berbangkit.

Copyright © 2013. sk cyberjaya Rights Reserved.


Facebook # #