^Back To Top

Penglibatan Sukarela Ibu Bapa dalam Aktiviti Kokurikulum

Peranan ibu bapa dalam Sistem Pendidkan Malaysia hari ini mengalami perubahan yang besar. Pelan Pembangunan Pendidikan (2012) telah merancang agenda dan struktur pengurusan dan pentadbiran dengan memfokuskan peranan ibu bapa bagi meningkatakan keberhasilan murid. Justeru itu, pihak sekolah ingin menjadikan penglibatan ibu bapa lebih aktif untuk memastikan segala program yang dirancang memenuhi keperluan keluarga dan murid-murid.

 

Pihak sekolah ingin memohon sumbangan kepelbagaian kemahiran dan pengalaman ibu bapa / penjaga untuk memperkukuhkan lagi program Kokurikulum di samping membentuk kerjasama yang baik antara sekolah dan keluarga. Sila klikhttps://goo.gl/forms/C1NFL1AgtW7070eg2 sekiranya ada ibu bapa yang ingin libatkan diri dalam aktiviti kokurikulum (Rabu 7.20-8.20) ataupun bersama-sama melatih pasukan sekolah.

Tahniah En. Mohd Zahari

 

Tahniah diucapkan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Cyberjaya En. Mohd Zahari bin Mohd Noor yang telah menerima Anugerah Kepimpinan Sekolah Rendah. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Khairi bin Bidin, Pegawai Pendidikan Daerah Sepang ketika sambutan Hari Guru Daerah Sepang.

Copyright © 2013. sk cyberjaya Rights Reserved.


Facebook # #